Kubur berkata-kata

11 juni 2011|cerita kisah islami

Dikisahkan bahwa sewaktu
Fatimah r.a. meninggal dunia
maka jenazahnya telah diusung
oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami
Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a
diletakkan di tepi kubur maka
Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
berkata kepada kubur, "Wahai
kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yang kami bawakan
kepada kamu ? Jenazah yang
kami bawa ini adalah Siti
Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku
bukannya tempat bagi mereka
yang berdarjat atau orang yang
bernasab, adapun aku adalah
tempat amal soleh, orang yang
banyak amalnya maka dia akan
selamat dariku, tetapi kalau
orang itu tidak beramal soleh
maka dia tidak akan terlepas
dari aku (akan aku layan dia
dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi
berkata kalau seseorang itu
hendak selamat dari siksa kubur
hendaklah melazimkan empat
perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga
solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-
Quran
4. Hendaklah dia
memperbanyakkan membaca
tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca
tasbih, ia akan dapat menyinari
kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang
harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba
(jangan suka mencucuk sana
cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil
berdiri
Rasulullah s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud,
"Bersucilah kamu semua dari
kencing, kerana sesungguhnya
kebanyakan siksa kubur itu
berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin
akan terlepas dari segala macam
siksaan dalam kubur, walaupun
ia seorang alim ulama' atau
seorang anak yang bapanya
sangat dekat dengan
Allah
s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak
memandang adakah orang itu
orang miskin, orang kaya, orang
berkedudukan tinggi atau
sebagainya, kubur akan melayan
seseorang itu mengikut amal
soleh yang telah dilakukan
sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir
bahawa kita akan dapat
menjawab setiap soalan yang
dikemukakan oleh dua malaikat
Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal. Pada hari ini
kalau kita berkata kepada
saudara kita yang jahil takutlah
kamu kepada
Allah s.w.t. dan
takutlah kamu kepada soalan
yang akan dikemukakan ke atas
kamu oleh malaikat Mungkar
dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah
mudah sahaja, aku boleh
menghafal untuk
menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang
tidak berfikiran. Seseorang itu
tidak akan dapat menjawab
setiap soalan di alam kubur
jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang
akan menjawab ialah amalnya
sendiri. Sekiranya dia rajin
membaca al-Quran, maka al-
Quran itu akan membelanya dan
begitu juga seterusnya.

Back to posts
Comments:
[2014-12-17 16:37] hariyantoarby:

Subhanallah

[2013-02-25 05:24] Mxt:

Wow


Post a comment

mp3
wallpaper
aplikasi
ebook
artikel
Online Users
4/253982
Polaroid