Tangisan isam bin yusuf

1 juli 2011

Dikisahkan bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin."Bertanya Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?"Berkata Hatim: "Wuduk zahir
sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara:
* Bertaubat.
* Menyesali akan dosa yang
telah dilakukan.
* Tidak tergila-gila dengan
dunia.
* Tidak mencari atau
mengharapkan pujian dari
manusia
* Meninggalkan sifat bermegah-
megahan.
* Meninggalkan sifat khianat
dan menipu.
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata:"Kemudian aku pergi ke Masjid,
kukemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah
kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim' dan aku
menganggap bahwa
sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini),
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk
dan sujud dengan tawaduk(merasa hina), aku bertasyahud(tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Back to posts
Comments:
[2014-12-17 06:40] hariyantoarby@gmail.com:

Subhanallah


Post a comment

mp3
wallpaper
aplikasi
ebook
artikel
Online Users
32/253916
Snack's 1967