Gara-gara Seekor Ular

5 juli 2011,kisah islami,mujahid

Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia mengatakan:Dahulu kala hiduplah seorang
lelaki yang terkenal zuhud dan kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid. Dia datang ke pintu
gerbang negeri Syam dari arah barat kota Baghdad, sebuah
tempat yang menjadi laluan banyak orang.
Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah
seorang hamba Rom, milik salah seorang tentara. Dialah yang
merawat dan mengajarku cara
bermain pedang sehingga aku pun mahir memainkannya
sehingga merasa benar-benar perkasa. Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal hartanya, walaupun
aku telah dimerdekakan sepeninggalnya, aku kemudian menikahi isterinya. Aku yakin,
Allah SWT. telah mengetahui bahawa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya. Aku tinggal bersamanya beberapa tahun.Selama hidup berumah tangga
dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap dalam
bilik kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi
ular itu justru berbalik
menyerangku dan berhasil menggigit tanganku hingga
menjadi lumpuh. Setelah tanganku yang satu mengalami
kelumpuhan, selang beberapa waktu kemudian tanganku yang lain menyusul lumpuh pula tanpa sebab- sebab yang jelas.Seterusnya kedua kakiku juga
lumpuh, mataku menjadi buta dan terakhir aku menjadi bisu.Kemalangan ini kualami selama satu tahun.Demikianlah keadaanku yang
sangat buruk, kecuali hanya telingaku yang masih mampu menangkap segala
pembicaraan. Aku tergeletak tiada berdaya: Aku selalu diberi minum saat aku merasa tidak
dahaga, sementara itu dibiarkan kehausan saat aku kenyang, dan
dibiarkan ketika aku merasa lapar. Setelah berjalan satu tahun, datanglah seorang
wanita menjumpai isteriku.Dia bertanya kepada isteriku,
Bagaimana keadaan Abu Ali Labib? Dia tidak hidup dan tidak
juga mati, sehingga hal ini membuatku bimbang dan hatiku menjadi sangat sedih,
jawab isteriku.Mendengar hal itu, dalam hatiku
lalu mengadu kepada Allah dan berdoa. Dalam keadaan
menderita sakit yang seperti ini sedikit pun dalam jiwaku tidak
merasakan sesuatu.
Pada suatu hari, aku merasa seakan-akan menerima pukulan
sangat keras yang hampir membuatku binasa. Hal itu terus
berlangsung hingga tengah malam atau mungkin sudah
lewat tengah malam, kemudian sedikit demi sedikit rasa sakitku ini mula hilang, akhirnya aku
dapat tidur.
Keesokan hari ketika terjaga dari tidur, kurasakan tangan ini
telah berada di atas dada,padahal selama ini tergeletak
tidak berdaya di atas tempat tidur kerana mengalami kelumpuhan. Kucuba untuk bergerak dan ternyata berjaya.
Melihat hal ini, aku merasa gembira dan yakin bahawa Allah
akan memberikan kesembuhan.Kucuba menggerakkan tanganku yang lain dan ternyata dapat kugerakkan pula. Aku
juga mencuba memegang salah satu kakiku dan berhasil
memegangnya, dan
kukembalikan tanganku pada keadaan semula, hal ini kulakukan pula pada tanganku yang lain. Selepas itu aku ingin mencuba membalikkan tubuhku
dan ternyata dapat kubalikkan dan bahkan aku mampu duduk lagi. Kemudian, aku bermaksud untuk berdiri dan ternyata aku juga mampu melakukannya, lalu
kucoba lagi turun dari
pembaringan, yang selama ini tubuhku terbaring. Tempat
tidurku itu berada di sebuah bilik yang ada di rumahku.
Dalam kegelapan aku mencoba untuk mencari pintu bilik
dengan meraba-raba dinding bilik, sebab mataku belum dapat
melihat dengan terang. Akhirnya
aku berhasil mencapai teras rumah dan di sana aku dapat
memandang langit dan bintang-bintang yang berkedip. Kerana
luapan kegembiraan yang tiada terkira hampir menghentikan
detak jantungku, dan segera terlontar dari bibirku rasa syukur kepada-Nya: Wahai Zat Yang Maha Kaya Kebaikan-Nya!
Hanya Milik-Mulah segala puji.Setelah itu aku pun berteriak
memanggil isteriku dan dia segera datang menemuiku seraya berkata, Abu Ali?
Sekarang inilah aku menjadi Abu Ali yang sebenarnya. Dan
kini nyalakanlah lampu, kataku
kepadanya.Isteriku segera pula menyalakan lampu, dan kemudian
kuperintahkan kepadanya untuk
mengambilkan sebuah gunting.
Dia pun datang dengan membawa gunting yang kumaksud, dengan gunting itulah kupotong kumisku.
Isteriku lalu berkata kepadaku,Apa yang hendak kamu lakukan? Bukankah teman-temanmu telah mencelamu?Selepas ini, aku tidak akan
melayani seorang pun kecuali hanya Tuhanku semata-mata,jawabku. Seterusnya kugunakan
seluruh waktuku untuk menghadap kepada Allah SWT.
dan tekun beribadat. Al-Qadhi Abu Ali meneruskan ceritanya
kembali, bahawa Abu Ali Labib.Al Abib adalah seorang yang
mustajab doanya.

Back to posts
Comments:
[2011-07-04 12:31] pals:

ijin kopas sob,,


Post a comment

mp3
wallpaper
aplikasi
ebook
artikel
Online Users
20/253904
Old school Easter eggs.